More

    Xiaomi mendemonstrasi pengecasan wayarles secepat 40 minit untuk Mi 10

    Teknologi pengecasan wayarles nampaknya menjadi semakin canggih setiap hari dan hampir menyaingi prestasi pengecasan pantas berwayar. Hari ini, Naib Presiden Xiaomi, Chang Cheng, mendedahkan sebuah pengecasan wayarles pantas 40W yang mampu mengecas penuh bateri 4,000mAh dalam masa 40 minit sahaja.

    Dalam sebuah video daripada Chang yang dimuat naik ke Weibo, pengecas wayarles tersebut mengambil masa hanya 20 minit untuk mengecas ke tahap 57% dan 40 minit untuk pengecasan penuh. Beliau juga mengatakan telefon itu tidak menjadi panas sewaktu pengecasan.

    Perlu diingati bahawa kuasa pengecas tersebut berada pada kadar purata 43W dan ini hanyalah sebuah demonstrasi, jadi kelajuan pengecasan yang terhasil daripada model komersial yang akan dijual kepada orang ramai mungkin tidak akan secepat itu.

    Pada masa ini Mi 10 Pro sudah pun menyokong pengecasan pantas 50W dan pengecasan wayarles 30W. Daripada perkembangan ini, tidak mustahil jika Xiaomi akan mengemas kini telefon itu untuk menyokong pengecasan wayarles 40W. Paling tidak pun, Xiaomi akan mengeluarkan pengecasan wayarles pantas ini untuk siri telefon flagship mereka yang seterusnya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured