fbpx
More

    Xiaomi menjual pencukur bulu dengan teknologi cahaya IPL, mudah dan tak sakit berharga ~RM487

    Berita ini bukanlah iklan berbayar atau iklan tidak berbayar. Kami hanya memilih berita teknologi yang menarik khas untuk anda. Kami tertarik dengan kewujudan Xiaomi Mi Reepro IPL Pulse Light Hair Removal, unit pencukur bulu yang menggunakan teknologi IPL (Intense Pulse Light).

    Apa yang menariknya, pencukuran bulu halus anda bakal menjadi lebih mudah dengan teknologi yang membuang bulu anda tanpa rasa nyeri dengan menarik akar rambut halus atau bulu tersebut. Untuk pengetahuan anda, teknologi IPL ini akan membuatkan bulu halus anda lebih kurang pertumbuhannya dan ia juga bakal menjadi lebih lembut!

    Sumber: Xiaomi Mijia

    Teknologi IPL pada Xiaomi Mi Reepro IPL ini juga menapis cahaya IPL tertentu yang boleh diserap oleh melanin pada kulit (ini yang membuatkan pertumbuhan bulu halus anda bakal berkurangan). Untuk pengetahuan anda, lama-kelamaan anda mungkin hanya perlu menggunakan pencukur ini sekali sahaja atau tidak menggunakannya langsung!

    Penggunaan 2 kali seminggu pada 1 hingga 4 minggu pertama bakal membuatkan bulu halus anda tumbuh dengan perlahan dengan pengurangan bulu. Penggunaan 1 hingga 2 kali seminggu pada minggu 5 hingga minggu 8 akan membuatkan bulu menjadi lebih halus daripada minggu ssebelumnya. Manakala penggunaan 1 kali sebulan atau setengah bulan pada minggu 8 dan seterusnya mungkin menjadi penggunaan terakhir anda (bergantung kepada keadaan pertumbuhan bulu halus anda).

    Ianya sesuai digunakan di semua kawasan termasuklah zon sensitif anda. Xiaomi Mi Reepro IPL Pulse Light Hair Removal dilaporkan berharga 799 Yuan di pasaran China (lebih kurang ~RM487). Apa pun, kami tidak pasti adakah ianya bakal dijual secara rasmi di Malaysia. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: mydrivers

     

    Artikel Terkini

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X