More

    Xiaomi Mi 10 akan dilancarkan di Malaysia pada Rabu ini

    Xiaomi Malaysia akan melancarkan siri telefon pintar flagship, Mi 10, pada Rabu, 22 April ini. Telefon ini merupakan telefon flagship 5G pertama daripada Xiaomi untuk pasaran Malaysia.

    Siri Mi 10 terdiri daripada Mi 10 dan Mi 10 Pro, di mana kedua-duanya ini mempunyai empat kamera yang dilengkapi sensor utama 108MP. Bagi kamera ultra-lebar, Mi 10 dilengkapi kamera 13MP manakala Mi 10 Pro dilengkapi kamera 20MP. Ia juga boleh merekod video sehingga 8K pada 30fps.

    Sebagai sebuah peranti flagship, Mi 10 dikuasai oleh cipset Snapdragon 865 5G dan pengecasan wayarles untuk baterinya yang besar. Daripada segi skrin, ia dilengkapi skrin AMOLED melengkung berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 90Hz.

    Mi 10 series: 3 days to go!

    3 ways of fast chargingJust 3 days to go!Stay tuned on 22nd April!#Mi10 #LightsCameraAction #Mi10IsComing

    Posted by Xiaomi Malaysia on Jumaat, 17 April 2020

    Adakah anda berminat dengan siri Mi 10? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured