More

    Xiaomi Mi 10 dengan 5G disahkan SIRIM, bakal hadir di Malaysia

    Melalui berita ringkas ini, kami telah mendapat tahu bahawa Xiaomi Malaysia akan membawa beberapa perantinya ke Malaysia lebih cepat dari yang dijangkakan. Menurut @KevinNgTK, Xiaomi Mi 10 dengan 5G telah lulus pengesahan SIRIM pada Jumaat lepas. Dalam erti kata lain, ia bakal hadir dalam masa yang terdekat.

    Untuk pengesahan SIRIM, tiada ciri spesifikasi yang didedahkan kecuali sokongan rangkaian 5G yang bakal hadir (3x jalur 5G). Selain itu, kami tidak dapat menjamin jika kita akan mendapat model siri Mi 10 sama seperti yang diumumkan di China pada bulan lepas, terutamanya kapasiti memori yang merupakan salah satu faktor harga yang agak tinggi. Siri Mi 10 mempunyai RAM sehigga 12GB dan storan sehingga 512GB.

    Apa pun, kita boleh menjangkakan cipset Qualcomm Snapdragon 865, paparan AMOLED 6.67 inci dengan kadar segar semula 90Hz, bateri 4,500 mAh dengan pengecasan pantas 50W, kamera 108MP dan banyak lagi. Harga permulaan siri Mi 10 adalah 3999 Yuan, yang mana dianggarkan ~RM2,372 melalui penukaran mata wang terkini.

    Pelancaran global melalui acara siaran langsung telah ditetapkan pada 27 Mac 2020. Oleh kerana SIRIM telah mengesahkan siri Mi 10, kami tidak terperanjat jika Xiaomi Malaysia bakal melancarkannya dengan harga rasmi pada hari yang sama. Nantikan berita Xiaomi melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia dan luahkan komen anda di laman Facebook kami.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured