More

    Xiaomi Mi 10 Extreme Commemorative Edition hadir 11 Ogos ini, cas pantas 120W + cas pantas wayarles 55W

    Mungkin anda sudah tahu mengenai sebuah acara pelancaran Xiaomi yang bakal berlangsung pada 11 Ogos 2020 ini. Melalui acara tersebut, sebuah peranti baharu dalam siri Xiaomi Mi 10 akan dilancarkan.

    Terdahulu, Xiaomi hanya mengesahkan acara pelancaran tanpa memberitahu maklumat mengenai peranti yang bakal dilancarkan. Kini, Xiaomi telah memuat naik siaran yang memaklumkan mengenai peranti Xiaomi Mi 10 Extreme Commemorative Edition (nama diterjemahkan dari bahasa Mandarin ke bahasa Inggeris) yang bakal dilancarkan sempena ulang tahun ke-10 Xiaomi.

    Sumber-sumber terdahulu dalam berita lepas kami mungkin merujuk peranti ini dengan nama Xiaomi Mi 10 Pro Plus. Setakat ini, peranti ini dilaporkan bakal hadir dengan sama ada Snapdragon 865/865+, RAM 12GB, skrin AMOLED 6.67 inci 120Hz dan bateri dwi-sel 4500mAh.

    Turut dijangka hadir adalah sokongan pengecasan pantas 120W dan pengecasan pantas wayarles 55W. Tetapan kamera dikatakan dihuni lensa 48MP dengan lensa ultra-lebar, lensa makro dan mungkin lensa zum periskop.

    Perlu diingatkan bahawa spesifikasi Xiaomi Mi 10 Extreme Commemorative Edition masih tidak diumumkan secara rasmi. Segala spesifikasi yang dinyatakan hanyalah jangkaan sahaja.

    Baca berita terdahulu mengenai peranti ini di pautan ini. Nantikan berita pelancarannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia pada 11 Ogos ini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured