More

    Xiaomi Mi 10 Ultra sah dihuni kamera 120X Zoom, diramal ada kamera ‘selfie’ bawah skrin

    Terkini, poster acahan rasmi Xiaomi Mi 10 Ultra atau Xiaomi Mi 10 Commemorative Edition telah tiba di Internet. Lebih menarik, poster ini memaparkan spesifikasi kamera bercirikan 120X Zoom!

    Poster acahan sememangnya mendedahkan maklumat yang pasti, tetapi terdapat spekulasi melalui penularan berita ini. Pendedah maklumat terkenal di Twitter @UniverseIce telah menyatakan bahawa Xiaomi Mi 10 Ultra bakal mengejutkan dunia. Kenyataannya dibalas oleh seorang lagi pendedah maklumat @DSCCRoss, memaklumkan mengenai peranti ini yang bakal menjadi peranti pertama dengan kamera di bawah panel/skrin.

    Namun, beliau juga menyatakan bahawa Xiaomi Mi 10 Ultra bakal dikeluarkan dalam kuantiti terhad sahaja seperti Xiaomi Mi Mix Alpha. Di sisi yang lain, terdapat juga sumber yang meramalkan bahawa Mi 10 Ultra hanyalah sebuah peranti baharu dengan rekaan kamera skrin berlubang biasa sahaja.

    Terdahulu, kami ada memaklumkan mengenai kerangka Mi 10 Ultra (dahulu dirujuk sebagai Mi 10 Pro Plus) yang mendedahkan modul kamera besar, dan ianya kini ternyata benar.

    Sepintas lalu, Xiaomi Mi 10 Ultra dilaporkan bakal dihuni Snapdragon 865, RAM LPDDR5, skrin AMOLED 120Hz, 4500mAh bateri dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 100W dan pengecasan pantas wayarles 55W.

    Ikuti berita pelancaran Xiaomi Mi 10 Ultra dan Redmi K30 Ultra pada 11 Ogos ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured