More

    Xiaomi Mi 10S mungkin akan dilancar pada bulan ini, dilengkapi Snapdragon 870

    Beberapa laman web e-dagang China termasuk JD.com telah memaparkan penyenaraian untuk telefon pintar Mi 10S yang mungkin menunjukkan bahawa ia akan dilancar dalam masa terdekat. Mi 10S dilaporkan bakal menjadi varian terakhir untuk telefon andalan yang dilancar pada 2020, Mi 10.

    Telefon tersebut akan dilengkapi cipset Snapdragon 870, iaitu cipset yang lebih pantas berbanding Snapdragon 865+ namun tidak secanggih Snapdragon 888. Selain itu, telefon itu juga telah dikesan dalam Telecommunications Equipment & Network Acceptance Agency (TENAA) dengan nombor model M2102J2SC pada bulan Februari.

    Penyenaraian Mi 10S dalam JD.com
    Gambar Mi 10S dalam TENAA

    Badan pengiktirafan China itu menunjukkan rekaan yang agak berlainan dengan Mi 10 dan lebih menyerupai Mi 10 Ultra. Selain itu, China Compulsory Certification (CCC) juga mengesahkan bahawa telefon itu akan menyokong pengecasan pantas 33W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda masih berminat dengan varian Mi 10 pada tahun ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured