More

    Xiaomi Mi 11 dilancar: Snapdragon 888, kamera 108MP, pengecas 55W dalam kotak bermula ~RM3,663

    Xiaomi akhirnya telah melancarkan siri telefon pintar Mi 11 untuk pasaran antarabangsa. Telefon ini merupakan peranti pertama yang dilengkapi cipset andalan (flagship) Qualcomm Snapdragon 888 serta teknologi gelas Gorilla Glass Victus untuk ketahanan skrin yang lebih tinggi.

    Tidak seperti kebanyakan telefon andalan oleh syarikat lain, Mi 11 akan disertakan bersama pengecas pantas 55W GaN dalam kotak. Antara fungsi Mi 11 yang menarik adalah kadar bacaan sentuhan 480Hz pada skrin, sensor kamera utama 108MP serta sistem audio harman/kardon yang boleh dihubungkan dengan dua pasang fon telinga wayarles.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Mi 11:

    • Cipset Snapdragon 888
    • Skrin AMOLED 6.81 inci dengan resolusi WQHD+ (3200×1440), kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 480Hz dan sokongan HDR10+
    • Skrin Corning Gorilla Glass Victus
    • RAM LPDDR5 8GB
    • Storan dalaman UFS3.1 128GB atau 256GB
    • Bateri 4,600mAh
    • Sokongan pengecasan pantas berwayar sehingga 55W, pengecasan wayarles 50W
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 13MP + kamera telemakro 5MP
    • Dwi-pembesar suara harman/kardon yang boleh dihubungkan dengan dua pasang fon telinga wayarles
    • Sistem operasi MIUI 12
    • Pilihan warna putih Cloud White, biru Horizon Blue dan kelabu Midnight Gray

    Mi 11 akan dijual dalam dua varian memori, iaitu:

    • 8GB+128GB: €749 (~RM3,663)
    • 8GB+256GB: €799 (~RM3,907)

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang harganya untuk pasaran di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki Mi 11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured