More

    Xiaomi Mi 11 dilancar: Telefon pintar pertama dengan Snapdragon 888, bermula RM2,477

    Xiaomi hari ini telah melancarkan telefon pintar andalan Mi 11 iaitu telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi cipset andalan terbaru daripada Qualcomm, Snapdragon 888. Di samping itu, telefon ini juga merupakan telefon pertama yang dilengkapi skrin Corning Gorilla Glass Victus yang menjanjikan ketahanan lebih tinggi.

    Berikut adalah spesifikasi untuk Mi 11:

    • Cipset Snapdragon 888
    • Skrin AMOLED 6.81 inci dengan resolusi 2K (3200×1440) dan kadar segar semula 120Hz
    • Skrin Corning Gorilla Glass Victus
    • RAM LPDDR5 8GB atau 12GB
    • Storan dalaman UFS3.1 128GB atau 256GB
    • Bateri 4,600mAh
    • Sokongan pengecasan pantas sehingga 55W
    • Kamera utama 108MP + kamera ultra-lebar 13MP + kamera makro 5MP
    • Pilihan warna hitam, putih, biru, kelabu dan jingga

    Mi 11 akan dijual dalam tiga varian memori, iaitu:

    • 8GB+128GB: Â¥3,999 (~RM2,477)
    • 8GB+256GB: Â¥4,299 (~RM2,663)
    • 12GB+256GB: Â¥4,699 (~RM2,911)

    Mi 11 juga bakal menjadi telefon Xiaomi pertama yang tidak disertakan bersama pengecas dalam kotak, seperti dalam iPhone 12.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki Mi 11 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured