More

    Xiaomi Mi 11 dipasang semula menjadi sebuah patung naga yang menawan!

    Baru baru ini, sumber telah memuat naik sebuah video mengenai peranti andalan terbaru Xiaomi , Xiaomi Mi 11. Video tersebut bukanlah mengenai kebolehan peranti andalan itu tetapi adalah sebuah video kreatif yang mengubah beberapa Mi 11 menjadi sebuah patung naga yang menawan.

    Dua telefon Mi 11 telah dibuka semula bersama empat telefon Mi 11 edisi kulit untuk bahan lembut patung itu. Proses ini telah mengambil masa selama 30 hari, dari membuka semula peranti ke memasang semula menjadi sebuah patung naga yang sangat mengagumkan. Kulit yang diambil dari Mi 11 edisi khas itu digunakan sebagai tanduk dan sayap patung naga itu.

    Kamera utama 108MP dari Mi 11 pula diletakkan pada dada naga itu untuk menunjukkan kehebatan kamera telefon itu. Patung naga tersebut kemudiannya ditempatkan di atas pengecas wayarles Qi yang dihiaskan.

    Buat masa ini, peranti Xiaomi Mi 11 masih belum lagi dijual di pasaran Malaysia.

    Jika patung naga ini dijual, adakah anda bakal membelinya? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured