More

    Xiaomi Mi 11 Pro dilapor hadir dengan skrin QHD+ 120Hz, resolusi mungkin sehingga 3K

    Menurut kenyataan yang dimuat naik oleh pendedah maklumat popular di laman carian China Weibo, varian tertinggi Xiaomi Mi 11 (mungkin Xiaomi Mi 11 Pro) dilapor hadir dengan skrin QGD+ 120Hz, bersama resolusi mungkin sehingga 3K.

    Perlu diingatkan bahawa berita ini masih berstatus spekulasi. Berdasarkan berita terdahulu, Xiaomi Mi 11 mungkin dilengkapi kamera utama 108MP + 48MP + 13MP, cipset Snapdragon 875 dan bateri 4900mAh.

    Pendedah maklumat seterusnya memuat naik siaran menyatakan tentang resolusi skrin Xiaomi Mi 11 Pro ini iaitu 3200 x 1440p bersama persoalan adakah ianya resolusi untuk 2K atau 3K. Secara mudahnya, jika anda mencari resolusi ini di Google, anda akan melihat jawapannya adalah 3K. Namun, memandangkan berita ini hanyalah spekulasi, lebih selamat untuk kita mengandaikan bahawa skrin Xiaomi Mi 11 Pro mungkin skrin QHD+, beresolusi 3200 x 1440p (sehingga 3K), bersama kadar segar semula 120Hz.

    Anda ada pandangan mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Digital Chat Station

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured