More

    Xiaomi Mi 11T Pro mungkin sokong cas pantas 120W, Mi 11T hadir dengan cipset Dimensity

    Xiaomi dikhabarkan akan melancarkan siri Mi 11T pada bulan September ini, sama seperti Mi 10T tahun lalu. Berdasarkan sumber dari Vietnam, Xiaomi Mi 11T Pro dikhabarkan akan mengekalkan cipset Snapdragon 888, skrin OLED 120Hz namun menyokong pengecasan yang lebih pantas.

    Bateri Mi 11T Pro ini dikatakan bersaiz 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 120W, sama seperti Mi 10 Ultra. Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai spesifikasi kamera peranti ini. Untuk harga, ia mungkin hadir dengan harga sekitar VND 13,000,000 ~(RM2,417).

    Mi 11

    Selain Mi 11T Pro, siri ini juga akan hadir dengan model biasa Mi 11T. Ia tidak akan menggunakan cipset Snapdragon 888 tetapi hadir dengan cipset Dimensity (mungkin Dimensity 1200). Model biasa ini dijangka hadir dengan kamera utama 64MP (OmniVision OV64B), kamera ultra lebar 8MP IMX355 dan lensa telemakro 3x. Ia juga mungkin dilengkapi skrin OLED 120Hz, sama seperti Mi 11.

    Xiaomi dikatakan akan melancarkan siri Mi 11T pada 23 September ini untuk pasaran global.

    Adakah anda menantikan siri Mi 11T ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured