More

    Xiaomi Mi 12 akan menjadi telefon pertama dengan cipset Snapdragon 895

    Semalam, Xiaomi Malaysia telah melancarkan peranti andalan mereka, Xiaomi Mi 11 dan ianya akan mula dijual bermula 13 Mac ini. Kini, terdapat pula sumber yang muncul dalam talian mengenai Xiaomi Mi 12 yang mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 895.

    Berdasarkan sumber, Qualcomm dikhabarkan akan bekerjasama sekali lagi dengan Samsung untuk menghasilkan cipset Snapdragon 895. Cipset Snapdragon 895 ini akan menggantikan Snapdragon 888 dan ianya akan dibina atas plattform 5nm yang ditambah baik.

    Cipset Snapdragon 895 dijangka akan menggunakan modem Qualcomm X65 5G yang hadir dengan kelajuan maksima rangkaian 5G setinggi 10 Gbps.

    Modem 5G Snapdragon X65

    Peranti andalan baru Xiaomi, Xiaomi Mi 12 dikhabarkan akan menjadi yang terawal dengan cipset Snapdragon 895 dan akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

    Untuk tahun 2022 pula, Qualcomm dikhabarkan akan mula menghasilkan cipset 4nm dan mereka akan berkerjasama dengan TSMC untuk penghasilan cipset ini.

    Adakah anda peminat Qualcomm? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizchina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured