More

    Xiaomi Mi 12 mungkin hadir dengan kamera 200MP, dilancar hujung tahun ini

    Telefon andalan generasi baru Xiaomi Mi 12 dijangka akan menggunakan cipset Snapdragon 895 4nm dan beberapa spesifikasi lain yang mantap. Semalam, sumber dalam talian menyatakan bahawa ia akan memasuki pasaran pada hujung tahun ini dengan spesifikasi kamera yang mengagumkan.

    Xiaomi Mi 12 dikhabarkan akan menggunakan sensor kamera 200MP yang bersaiz 1 inci. Sensor ini dikatakan akan hadir dengan teknologi pixel binning yang menggabungkan 16 piksel ke 1 piksel untuk penangkapan cahaya yang lebih baik.

    Untuk spesifikasi lain, Xiaomi 12 dikhabarkan akan menggunakan teknologi skrin LTPO yang dapat memberikan kadar segar semula yang tinggi disamping penggunaan kuasa yang minimum. Tambahan lagi, ia juga mungkin akan menyokong pengecasan pantas berwayar 120W dan wayarles 100W.

    Adakah anda berminat dengan Xiaomi Mi 12 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured