More

    Xiaomi Mi 360° Home Security Camera 2K Pro rasmi di Malaysia: Rakaman lebih jelas berharga RM219

    Terkini, Xiaomi telah mengumumkan kehadiran rasmi Mi 360° Home Security Camera 2K Pro di pasaran Malaysia. Kamera sekuriti ini mula dijual dengan harga RM219 di beberapa laman e-dagang dan pengedar rasmi Xiaomi.

    Mi 360° Home Security Camera 2K Pro dilengkapi kamera 3MP dengan resolusi 2304 x 1296 piksel, apertur f/1.4, lensa 6P dan sensor imej sensitif yang akan memastikan rakaman jelas walaupun dalam keadaan kurang cahaya. Ia turut memiliki kemampuan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan bayang-bayang dan memaklumkan pengguna melalui mesej automatik.

    Kamera sekuriti ini turut memiliki teknologi pembatalan hingar aktif, menyokong komunikasi dua hala dan sambungan WiFi dua jalur. Sebagai tambahan untuk kemudahan pengguna, kamera sekuriti ini menyokong Google Assistant dan boleh dikendalikan melalui aplikasi Mi Home.

    Mi 360° Home Security Camera 2K Pro tersedia dijual di kedai Xiaomi Lazada dan Shopee bermula 14 Februari, manakala di semua Mi Store dan pengedar sah lain bermula 16 Februari ini pada harga RM219. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...