More

    Xiaomi Mi Band 5 dilancarkan: Hayat bateri 14 hari dan pengukur degupan jantung berharga ~RM195

    Xiaomi Mi Band 5 telah dilancarkan untuk pasaran antarabangsa dan datang dengan pelbagai fungsi seperti pengecasan magnetik dan hayat bateri 14 hari serta dijual pada harga 39.99 EUR (~RM195).

    Daripada segi spesifikasi, Mi Band 5 dilengkapi skrin sentuh AMOLED berukuran 1.1 inci dan 65 tema yang boleh dipilih mengikut citarasa pengguna. Selain itu, ia datang dengan pelbagai sensor yang membenarkannya untuk mengesan gerakan 11 jenis sukan termasuk yoga, mendayung bot, lompat tali dan banyak lagi.

    Di samping itu, terdapat juga pengukur tahap oksigen SpO2, penjejak kitaran haid, pengukur degupan jantung dan banyak lagi fungsi kesihatan demi membantu pengguna memahami lebih banyak tentang tubuh badan mereka. Bagi yang suka mengambil swafoto, Mi Band 5 boleh digunakan sebagai shutter kawalan jauh untuk memudahkan mengambil gambar.

    Masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memilikinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured