More

    Xiaomi Mi MIX 4 diacah dengan teknologi kamera bawah skrin dan UWB

    Xiaomi bakal melancarkan telefon pintar Mi MIX 4 di acara pelancaran pada 10 Ogos ini. Sebelum pelancarannya, CEO Lei Jun telah mengacah beberapa teknologi yang bakal hadir pada Mi MIX 4.

    Yang pertama adalah teknologi kamera bawah skrin. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Mi MIX 4 akan menjadi peranti Xiaomi pertama yang hadir dengan teknologi ini. Mengikut sumber dalam talian, susunan piksel di kawasan skrin sekitar kamera bawah skrin dikatakan hampir sama seperti kawasan skrin yang lain. Ia juga dikatakan lebih dioptimumkan berbanding teknologi dari syarikat OPPO dan ZTE.

    Teknologi yang kedua pula adalah ultra wideband (UWB). Sebuah poster mengenai teknologi ini telah diacah dengan slogan ‘teknologi baru, pefahaman baru’ dan menunjukkan Mi MIX 4 di hadapan televisyen.

    Untuk pengetahuan anda, UWB adalah teknologi pengesanan sensitif yang digunakan untuk mengesan peranti pintar dengan sangat tepat. Teknologi ini telah mula digunakan oleh syarikat Samsung dan Apple.

    Apa pun, mari kita tunggu dan lihat mengenai telefon pintar andalan Xiaomi ini pada 10 Ogos ini.

    Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured