More

    Xiaomi Mi Note 10 Lite akan dilancarkan pada 30 April: Kamera penta 64MP + pengecasan pantas 30W

    Terdahulu, Xiaomi Malaysia telah melancarkan siri Xiaomi Mi Note 10 di pasaran teknologi Malaysia. Tidak terhenti di situ, Xiaomi memperbesar siri ini dengan menambah ahli keluarga baru, Xiaomi Mi Note 10 Lite. Terkini, Xiaomi mengesahkan bahawa pelancaran sebuah peranti yang diyakini Mi Note 10 Lite akan berlaku esok (30 April 2020) secara dalam talian.

    Lapor sumber, Xiaomi Note 10 Lite (model M2002F4LG) yang dilengkapi Snapdragon 730G, paparan AMOLED 6.47-inci dan bateri 5260mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W kini telah disahkan oleh NBTC Thailand. Menurut sebuah dokumen yang dikongsi oleh Xiaomi pada laman web FCC, ia bakal dilengkapi kombinasi kamera utama 64MP + 8MP + 8MP + 5MP + 2MP.

    Sementara di Malaysia, 30 April turut menandakan acara pelancaran siri Redmi Note 9 pada jam 8 malam. Di sisi yang lain, adakah anda masih ingat tentang khabar berita mengenai sebuah peranti Xiaomi yang mendapat kelulusan SIRIM pada awal April lalu? Peranti tersebut diyakini sebagai Xiaomi Mi Note 10 Lite.

    Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk mendapatkan ulasan dan liputan pelancaran telefon pintar yang terkini khas untuk anda.

    Sumber: Mi Community | ithome

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured