More

    Xiaomi Mi Reader Pro dilancar: Skrin E Ink 7.8 inci, carian guna suara berharga ~RM682

    Terkini, Xiaomi dilapor telah melancarkan Mi Reader Pro di pasaran China. Peranti pembaca e-buku ini hadir dengan pelbagai spesifikasi menarik. Mi Reader Pro ialah pengganti kepada Mi Reader yang terdahulu, dan dilihat sebagai pesaing kepada Amazon Kindle Oasis.

    Mi Reader Pro hadir dengan skrin sebesar 7.8 inci (resolusi 330 PPI) bersama sokongan teknologi E Ink. Skrin peranti ini boleh diubah suai pada 24 tahap kecerahan dan anda juga boleh mengubah tona skrin bergantung kepada keselesaan mata anda.

    Lebih menarik, Mi Reader Pro hadir dengan sokongan ciri carian suara yang membenarkan pengguna mencari tajuk e-buku dengan lebih mudah. Anda boleh melihat spesifikasi asasnya yang lain seperti di bawah.

    • Pemproses teras kuad
    • Android 8.1 Oreo
    • RAM 2GB + storan 32GB
    • Paparan LED 7.8 inci E Ink
    • Sokongan WiFi, Bluetooth 5.0
    • Pembantu suara Xiao AI
    • Bateri 3200mAh (tahan sehingga 70 hari dalam mod standby)
    • Menyokong format fail .txt, .epub, .pdf dan Microsoft Office

    Setakat ini, Xiaomi Mi Reader Pro dijual di pasaran China dengan harga 1,099 Yuan (~RM682). Kami tidak mendapat maklumat jika peranti ini bakal dijual di pasaran Malaysia.

    Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured