More

    Xiaomi Mi Smart Band 6 dilancar: AMOLED 1.56 inci, bateri hingga 19 hari berharga ~RM144

    Selain beberapa barisan telefon pintar baharu, Xiaomi turut melancarkan gelang pintar baharu, Xiaomi Mi Smart Band 6 melalui sebuah acara pelancaran hari ini. Generasi gelang pintar baharu ini menawarkan beberapa spesifikasi menarik dengan harga yang berpatutan.

    Mi Smart Band 6 hadir dengan ciri asas untuk gelang pintar seperti penjejak degup jantung, pengawasan waktu tidur, pengesanan oksigen dalam darah SpO2 dan mod senaman terpilih. Ia dilengkapi skrin AMOLED 1.56 inci dengan tahap kecerahan skrin 326PPI, jangka hayat bateri yang mampu bertahan hingga 19 hari dan tahan air sehingga 50m.

    Menariknya, kali ini gelang pintar Mi Smart Band 6 hadir dengan beberapa rekaan edisi khas menarik seperti edisi Spongebob Squarepants.

    Mi Smart Band 6 dijual dengan harga 229 Yuan (~RM144) untuk varian standard, manakala varian NFC dijual pada harga 279 Yuan (~RM176). Walaupun kami masih ketiadaan maklumat berkenaan kehadirannya di pasaran Malaysia, namun anda boleh menjangkakan kehadirannya kerana Mi Smart Band 5 terdahulu sememangnya hadir di pasaran tempatan.

    Adakah anda berminat dengan Mi Smart Band 6? Nantikan maklumat mengenainya di pasaran Malaysia melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured