More

    Xiaomi Mi Store bergerak dilancarkan, masuk kampung untuk peminat di luar bandar

    Semalam, eksekutif Xiaomi India Manu Kumar Jain telah memuat naik pengumuman mengenai Mi Store bergerak yang dilancarkan di India. Mi Store bergerak atau nama rasminya, Mi Store-on-wheels adalah untuk berhubung dengan peminatnya walau di kawasan luar bandar.

    Mi Store bergerak ini akan meliputi jalan-jalan tertentu di kawasan tertentu terutamanya; tempat berhimpun seperti karnival atau pasar-pasar. Selain telefon pintar Xiaomi, mereka akan turut menjual peranti lain seperti fon telinga, Power Bank, TV pintar dan lain-lain.

    Menurut Xiaomi, Mi Store bergerak adalah untuk kemudahan dan keselamatan pengguna. Initiatif ini adalah untuk mengembangkan produk Xiaomi walaupun di kawasan luar bandar India, untuk segenap lapisan komuniti. Tambahan pula, ia adalah untuk mengurangkan jumlah pengunjung di kedai fizikal, agar dapat mempraktikkan langkah mengelak penularan COVID-19.

    Apakah pendapat anda sekiranya Mi Store bergerak ini dilancarkan di Malaysia? Adakah ianya akan mendapat sambutan? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Ketahui berita lepas mengenai produk Xiaomi seperti telefon Xiaomi mampu milik dengan kamera 108MP mungkin terdapat dalam dua varian utama.

    Sumber: CNBeta

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...