More

    Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i rasmi di Malaysia: Masa tindak balas 1ms, kadar penyegaran 180Hz berharga RM1,899

    Baru-baru ini, Xiaomi Malaysia mengumumkan produk AIoT pintar terbaharunya di Sunway Pyramid. Anda boleh datang dan mencuba beberapa produk seperti TV pintar hingga produk audio di Pameran Xiaomi Smart Living yang sedang berlangsung sekarang. Salah satu peranti yang dilancarkan ialah Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i.

    Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i didatangkan dengan sembilan ciri termasuk LED Mini 1152 zon, HDR1000 dan kadar penyegaran tinggi 180Hz. FreeSync turut tersedia dan pengguna boleh mendapatkan masa tindak balas 1ms.

    Ciri penting lain termasuk paparan titik kuantum, gamut warna lebar 99% DCI-P3, cahaya persekitaran RGB, cahaya biru rendah dengan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV dan stand berputar dengan ketinggian boleh laras.

    Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i membawa tanda harga RM1,899 tetapi untuk masa yang terhad, anda boleh mendapatkannya pada harga istimewa iaitu RM1,599 (diskaun RM300). Semasa Pameran Xiaomi Smart Living 2024, hadiah sehingga RM 4,599 disediakan untuk pelanggan bertuah yang membeli produk baharu terpilih di pameran itu.

    Selain itu, pembeli yang membeli mana-mana produk Xiaomi melebihi RM 500 dalam satu resit atau Xiaomi Smart Band 9 akan layak menerima Hadiah Misteri sementara stok masih ada. Kepada yang berminat, anda boleh dibeli di mana-mana kedai Xiaomi Sah di Malaysia atau dalam talian di mi.com dan kedai rasmi Xiaomi di Shopee serta Lazada.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured