More

    Xiaomi Mix Fold 2 dan Redmi K50S Pro lulus pensijilan TENAA, senarai spesifikasi didedahkan

    Gergasi teknologi China, Xiaomi sedang bersiap sedia untuk melancarkan dua telefon pintar baharu dalam masa terdekat iaitu Xiaomi Mix Fold 2 dan K50S Pro di bawah sub jenama Redmi. Kedua-dua peranti telah dikesan mendapat pensijilan TENAA baru-baru ini dan beberapa spesifikasi peranti itu turut didedahkan.

    Mix Fold 2 dikesan dengan nombor model 22061218C manakala K50S Pro pula menggunakan nombor model 22081212C. Untuk Mix Fold 2, penyenaraian itu mendedahkan bahawa peranti boleh lipat yang akan datang akan mempunyai dua varian iaitu RAM 12GB + storan 512GB dan RAM 12GB + storan 1TB.

    Bagi K50S Pro, penyenaraian tersebut mendedahkan bahawa peranti itu juga akan datang dalam dua konfigurasi tetapi iaitu varian 8/128GB dan 12/256GB. Kedua-dua Mix Fold 2 dan K50S Pro akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1.

    Selain itu, Mix Fold 2 akan mempunyai pengecasan pantas 67W dan tidak menyebut sebarang spesifikasi pengecasan pantas untuk K50S Pro. Dengan kedua-dua peranti mendapat pensijilan TENAA, ia hanya menunggu masa sebelum ia dilancarkan.

    Apakah pendapat anda tentang dua peranti yang akan datang ini? Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Playful Droid

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured