More

    Xiaomi MIX Fold 2 dilancar: SD 8+ Gen 1, skrin 8.02″ 120Hz dan kamera Leica 50MP bermula ~RM5,935

    Xiaomi MIX Fold 2 telah dilancarkan secara rasmi di China hari ini. Jenama itu juga telah memperkenalkan pelbagai peranti lain termasuk Redmi K50 Extreme Edition, Pad 5 Pro 12.4, Watch S1 Pro dan Buds 4 Pro. Mix Fold 2 ialah telefon pintar boleh lipat generasi kedua daripada Xiaomi dan sebagai pengganti Mix Fold.

    Xiaomi MIX Fold 2 bakal bersaing dengan Samsung Galaxy Z Fold 4, OPPO Find N dan Vivo Fold X yang baru diumumkan baru-baru ini di pasaran. Xiaomi MIX Fold 2 hadir dengan reka bentuk panel belakang yang berbeza berbanding versi sebelumnya. Ia mempunyai modul kamera yang menempatkan tiga sensor berjenama Leica.

    Kamera utama menggunakan sensor Sony IMX766 50MP, ultra lebar 13MP dan telefoto 8MP dengan zum 2x. Peranti ini mampu merakam video 8K dan turut menyokong rakaman format HDR Dolby Vision. Telefon pintar boleh lipat mempunyai butang kuasa yang juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari yang dikeluarkan oleh Goodix.

    Xiaomi MIX Fold 2 mempunyai ketebalan 5.4mm apabila dibuka dan berukuran 11.2mm apabila dilipat. Peranti ini mempunyai berat sekitar 262 gram. Paparan luar Xiaomi MIX Fold 2 menampilkan panel Samsung E5 AMOLED 6.5 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz serta dilindungi dengan Corning Gorilla Glass Victus.

    Apabila peranti dibuka, skrin dalaman Eco OLED berukuran 8.2 inci yang menawarkan resolusi 2.5K dan kadar penyegaran 120Hz. Paparan dalaman juga mempunyai kaca ultra-nipis dan kamera bawah paparan. Kedua-dua paparan dalaman dan luaran menyokong Dolby Vision, kecerahan puncak 1,000 nits dan TrueColour.

    Xiaomi MIX Fold 2 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Ia mempunyai RAM 12GB dan storan sehingga 1TB. Baterinya berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W. Daripada segi perisian, ia beroperasi pada Android 12 berasaskan MIUI 13.

    Xiaomi MIX Fold 2 ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan emas. Ia berharga Yuan 8,999 (~RM5,935) untuk storan 256GB, storan 512GB berharga Yuan 9,999 (~RM6,595) dan 1TB berharga Yuan 11,999 (~RM7,910).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured