More

    Xiaomi mula guna cip AI pada pendingin hawa untuk tingkatkan kecekapan tenaga

    Xiaomi kini mula membawa AI terus ke dalam peralatan rumah menerusi produk baharu seperti Xiaomi Mijia Air Conditioner Strong Wind Pro dan Xiaomi Mijia Robot Vacuum Mop 6 Max. Menurut Presiden Xiaomi, Lu Weibing, pendingin hawa tradisional menggunakan sistem penyejukan tetap tanpa memahami keadaan sebenar bilik atau rutin pengguna.

    Model baharu Xiaomi menggunakan cip AI dan sistem awan untuk mempelajari corak penggunaan rumah. Pendingin hawa tersebut boleh meningkatkan kuasa penyejukan apabila pengguna baru tiba di rumah, kemudian mengurangkan output secara automatik ketika waktu tidur bagi menjimatkan tenaga dan mengurangkan bunyi.

    Robot vacuum baharu Xiaomi pula menggunakan AI untuk meningkatkan navigasi dan mengurangkan kawasan yang tertinggal ketika proses pembersihan. Langkah ini selari dengan pelaburan lebih AS$9 bilion oleh Xiaomi dalam pembangunan AI untuk tempoh tiga tahun akan datang.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured