More

    Xiaomi mungkin akan lancarkan telefon lipat pertama pada awal 2021

    Sejak Samsung memperkenalkan telefon lipat Galaxy Fold pada 2019, pelbagai jenama telefon pintar yang lain turut berhasrat untuk melancarkan peranti yang serupa. Terbaru, media melaporkan bahawa Xiaomi mungkin akan melancarkan telefon lipat mereka yang pertama pada awal 2021.

    Menurut penganalisis industri skrin Ross Young, Xiaomi bukan sahaja akan melancarkan sebuah telefon lipat, tetapi tiga buah. Telefon pertama akan dilancar pada awal 2021, manakala dua lagi akan dilancar pada separuh kedua tahun depan.

    Tiga telefon tersebut mungkin terdiri daripada beberapa mekanisme lipat seperti lipat ke luar, lipat ke dalam dan lipatan clamshell. Xiaomi terkenal dengan menghasilkan produk yang dijual pada harga lebih murah berbanding para pesaingnya, jadi menarik untuk kita lihat harga untuk telefon lipat mereka.

    Syarikat lain seperti OPPO, vivo dan Google dikhabarkan akan turut melancarkan telefon lipat mereka pada 2021. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured