More

    Xiaomi mungkin lancarkan model L2S, miliki cipset Snapdragon 8 Gen 1 Plus

    Xiaomi yang bakal melancarkan siri andalan terbaru telah mendapat perhatian ramai. Siri yang dilancarkan ini terdiri daripada Xiaomi 12, Xiaomi 12 Pro, Xiaomi 12X, Xiaomi 12 Lite dan varian Ultra yang mungkin digantikan dengan model yang lain.

    Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan akan ada dua peranti siri MIX 5 atau peranti bernombor modelkan 2206122SC sebagai pengganti. Menurut pengkhabar berita teknologi popular Digital Chat Station, model ‘L2S’ ini adalah varian Xiaomi 12 Pro yang lebih baik berbanding model Pro untuk menggantikan varian Ultra.

    Namun begitu, kami juga terfikir ia mungkin membawa siri lain dan bukannya sebagai pengganti varian Ultra. Beberapa spekulasi dari sumber lain, peranti ini dipanggil Xiaomi MIX 5 Pro. Idea ini mungkin untuk menetapkan siri Xiaomi MIX atau siri lain sebagai segmen produk Xiaomi peringkat atasan. Ia mungkin dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1 Plus dan akan dilancarkan pada penggal kedua tahun ini.

    Kami masih tidak dapat mengesahkan sebarang maklumat yang dinyatakan di atas kerana tiada kenyataan rasmi daripada jenama itu sendiri. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: TechNaveEN

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured