More

    Xiaomi, OPPO, vivo, HUAWEI dan HONOR ingin hasilkan pengecas seragam untuk semua telefon

    Buat masa ini, pelbagai jenama telefon pintar China telah mempunyai teknologi pengecasan pantas masing-masing yang mencapai ratusan kadar Watt. Walau bagaimanapun, beberapa jenama tersebut mungkin akan menghasilkan telefon dengan teknologi pengecasan yang sama pada masa hadapan.

    Sebuah dokumen telah tertiris di mana ia melibatkan HONOR, HUAWEI, OPPO, vivo dan Xiaomi untuk bekerjasama menghasilkan spesifikasi pengecasan pantas yang seragam untuk peranti mudah alih. Kerjasama ini diharapkan akan menyelesaikan masalah yang timbul daripada perbezaan teknologi pengecasan pantas di kalangan jenama-jenama tesebut.

    Antara masalah ketara sekarang adalah teknologi pengecasan yang berbeza akan meningkatkan kos pengilangan telefon kerana setiap jenama perlu menghasilkan pengecas mereka sendiri. Selain itu, ia juga akan menyumbang kepada pembaziran alat elektronik dan menyukarkan matlamat industri untuk mengurangkan pembaziran tersebut.

    Selain jenama yang telah disenaraikan di atas, dokumen tersebut turut menyaksikan kehadiran Rockchip dan China Academy of Information and Communications Technology. Jika kerjasama ini berhasil, pengguna tidak perlu lagi risau tentang pengecas yang mungkin tidak akan berfungsi dengan telefon mereka.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured