fbpx
More

    Xiaomi Pad 5 dilancar di Malaysia: Tablet 11 inci 120Hz, cipset Snapdragon 860 bermula RM1,399

    Dalam sebuah acara pelancaran utama pada hari ini, Xiaomi Malaysia telah memperkenalkan tablet Xiaomi Pad 5 yang dilengkapi skrin berukuran 11 inci dengan resolusi WQHD+, nisbah aspek 16:10 dan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik. Ia menyokong teknologi Dolby Vision dan menyokong gamut warna DCI-P3 untuk hasilkan sehingga sebilion warna.

    Skrin tablet ini turut menyokong penggunaan stilus Xiaomi Smart Pen untuk menulis nota, mengambil screenshot atau tukar mod di antara pen dengan pemadam. Stilus tersebut mempunyai 4,096 titik sensitiviti tekanan dengan kadar bacaan sentuhan 240Hz dan berat 12.2 gram.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xiaomi Pad 5:

    • Skrin 11 inci 120Hz, resolusi WQHD+ (1600×2560), nisbah 16:10
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 860 2.96GHz
    • RAM 6GB
    • Storan dalaman 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 13MP, sokong rakaman 4K
    • Kamera swafoto 8MP, sokong rakaman 1080p
    • Bateri 8,720mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Empat pembesar suara Dolby Atmos
    • Sistem operasi MIUI 12.5 berdasarkan Android 11
    • Pilihan warna Cosmic Gray atau Pearl White
    • Harga:
      • 6GB+128GB: RM1,399
      • 6GB+256GB: RM1,599

    Tablet ini akan mula dijual pada 24 September 2021 di laman rasmi Xiaomi Malaysia dalam Lazada, manakala para pengedar lain seperti Shopee dan Authorised Mi Store akan mula dijual pada tarikh yang lebih lambat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet Xiaomi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia “A Heartwarming World” kini di Malaysia

    HUAWEI dengan bangga mengumumkan pelancaran Pameran HUAWEI XMAGE Malaysia bertema "A Heartwarming World – 12 Years of HUAWEI Photography" di Pavilion Sentul...

    TikTok sedang menguji ciri muat naik video selama 60 minit

    TikTok sedang menguji ciri baharu dengan muat naik video sehingga 60 minit dan menjadikannya seperti YouTube. Ciri ini kini tersedia kepada kumpulan...

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang...

    Yoodo bakal hentikan operasinya pada 29 Ogos 2024

    Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, Yoodo mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka akan dihentikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X