More

    Xiaomi Pad 5 Pro 12.4 dilancar: SD 870, skrin 2.5K 120Hz dan bateri 10,000mAh bermula ~RM1,845

    Xiaomi Pad 5 Pro 12.4 dilancarkan secara rasmi di China sebagai tablet terbaharu syarikat itu. Gergasi teknologi China itu turut melancarkan sekumpulan produk lain termasuk produk boleh lipat terbaharunya iaitu Xiaomi Mix Fold 2. Tablet terbaharu ini jauh berbeza daripada Pad 5 Pro yang dilancarkan tahun lepas.

    Ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 870, skrin LCD beresolusi 2.5K 12.4 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, bateri 10,000mAh dan MIUI 13. Xiaomi Pad 5 Pro 12.4 inci membawa banyak perubahan daripada segi reka bentuk dan penampilan. Xiaomi telah mengurangkan bahagian bezelnya.

    Modul kamera pada peranti telah direka bentuk semula dan ia kini kelihatan sama dengan telefon siri Xiaomi 12. Tablet ini dilengkapi dengan panel LCD 12.4 inci yang menawarkan resolusi 2.5K dan menyokong kadar penyegaran 120Hz. Paparan boleh mencapai kecerahan maksimum kadar kecerahan 500nit dan menyokong gamut warna P3, HDR10.

    Ia juga dilengkapi dengan pensijilan Dolby Vision. Xiaomi Pad 5 Pro 12.4 hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 870. Ia tersedia dalam beberapa pilihan storan termasuk varian 6GB+128GB, 8GB + 256GB dan 12GB+ 512GB. Tablet ini mempunyai tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP dan sepasang kamera kedalaman 2MP.

    Untuk swafoto dan panggilan video, peranti ini menempatkan kamera 20MP. Xiaomi Pad Pro 12.4 mempunyai bateri 10,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 67W. Peranti itu didakwa mengecas sepenuhnya dalam masa 68 minit sahaja. Untuk audio, tablet ini menggunakan empat pembesar suara dan dua mikrofon.

    Harga bagi varian 6+128GB ialah 2799 yuan (~RM1,845), varian 8+256GB berharga 3299 yuan (~RM2,175), varian 12+512GB berharga 3999 yuan (~RM2,635). Xiaomi Pad 5 Pro 12.4 tersedia dalam tiga warna iaitu hitam, perak dan hijau. Kami tidak pasti tentang ketersediaannya untuk pasaran global.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: MySmartPrice

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured