More

    Xiaomi Pad 6 dilancar di Malaysia: SD 870, skrin WQHD+ 11″ dan audio Dolby Atmos bermula RM1,299

    Hari ini, Xiaomi mengumumkan Xiaomi Pad 6 untuk pasaran Malaysia menampilkan paparan WQHD+ (2880 x 1800) 11 inci pada 309 ppi yang memberikan imej yang tajam dan jelas. Sementara itu, cipset Snapdragon 870 memastikan prestasi terbaik dengan sokongan bateri 8,840mAh.

    Ia menggunakan perisian MIUI menawarkan antara muka pengguna mudah alih eksklusif, peningkatan fungsi pen pintar Xiaomi generasi kedua dan papan kekunci Xiaomi Pad 6 untuk produktiviti yang lancar. Skrinnya disokong oleh Dolby Vision, gamut warna 99% DCI-P3 untuk 1.07 bilion warna (mengikut piawaian CIE 2015), kadar penyegaran paparan sehingga 144Hz dan Low Blue Light yang diperakui TÜV Rheinland.

    Butang pada Xiaomi Smart Pen generasi kedua membolehkan anda mengambil tangkapan skrin atau bertukar dengan cepat antara fungsi penulisan, lukisan dan warna apabila diperlukan dalam aplikasi Nota. Kemudian, papan kekunci Xiaomi Pad 6 membawa fungsi ditingkatkan dan antara muka boleh suai supaya pengguna boleh membuat pintasan yang diperibadikan.

    Xiaomi Pad 6 mempunyai kamera hadapan ultra lebar dengan fungsi FocusFrame dan empat mikrofon yang mengurangkan bunyi latar belakang. Ia juga menampilkan antara muka USB 3.2 Gen 1 binaan dalam dan menyokong isyarat video output sehingga resolusi 4K pada 60Hz.

    Daripada segi audio, ia disokong Dolby Atmos dan Audio Hi-Res membawa empat pembesar suara dengan bass yang kuat. Reka bentuknya menggunakan aloi aluminium dengan bezel 6.51mm dan berat pada 490g untuk kemudahan perjalanan. Di bawah adalah tawran yang anda boleh dapatkan sebgai pembeli terawal Xiaomi Pad 6:

    Mulai 20 Julai 2023 dan seterusnya, anda boleh dapatkan tablet ini di kedai Xiaomi sah di seluruh negara, Lazada atau Shopee. Varian 6GB+128GB pada harga RM1,299 dan 8GB+256GB pada harga RM1,499 boleh didapati dalam talian dan kedai Xiaomi sah manakala versi 8GB+128GB adalah eksklusif dalam talian dan hanya boleh dibeli dari Lazada atau shopee pada harga RM1,399.

    Aksesori tablet juga boleh dibeli di kedai Xiaomi sah di seluruh negara di mana papan kekunci Xiaomi Pad 6 dan Xiaomi Smart Pen generasi kedua dijual pada harga RM399 setiap satu manakala sarung Xiaomi Pad 6 boleh dibeli dengan harga RM149 dan pelindung skrin pada harga RM79. Xiaomi Pad 6 akan disediakan dalam tiga pilihan warna iaitu Gravity Grey, Gold dan Mist Blue.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured