More

    Xiaomi Pad Mini rasmi di Malaysia: Bateri 7,500mAh, HyperCharge 67W harga bermula RM1,999

    Xiaomi telahmelancarkan Xiaomi Pad Mini di Malaysia, menandakan kemasukan pertama tablet mini jenama itu untuk pasaran tempatan. Direka untuk pengguna kreatif dan profesional yang mahukan peranti ringan serta mudah alih, Pad Mini menampilkan paparan 8.8 inci 3K, binaan logam ergonomik dan pelbagai ciri AI untuk produktiviti harian.

    Dikuasakan cip Mediatek Dimensity 9400+ berasaskan proses 3nm, Xiaomi Pad Mini menjanjikan prestasi berkuasa dengan kecekapan tinggi. Ia hadir dengan bateri besar 7,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W HyperCharge dan fungsi pengecasan terbalik 18W. Pengguna juga mendapat sokongan Xiaomi Focus Pen untuk pengalaman menulis yang semula jadi serta Xiaomi Pad Mini Cover yang disertakan percuma.

    Ditawarkan pada harga RM2,299, Xiaomi Pad Mini kini boleh dimiliki dengan promosi Early Bird RM1,999 dengan konfigurasi 12GB RAM + 512GB storan dalam warna kelabu, Xiaomi Pad Mini kini boleh didapati di kedai rasmi Xiaomi terpilih seperti TRX, IPC dan Paradigm Mall, selain di mi.com serta stor rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.

    Spesifikasi Xiaomi Pad Mini (ringkas):

    • Paparan 8.8” 3K (3008 x 1880), kadar segar semula 165Hz adaptive refresh rate, kecerahan 700-nit, Dolby Vision
    • Unibody logam, 132.03mm lebar, nisbah 16:10, ringan & ergonomik
    • Audio: Dua pembesar suara stereo, Dolby Atmos
    • Cipset: Mediatek Dimensity 9400+ (3nm)
    • Bateri: 7500mAh, 67W HyperCharge, pengecasan terbalik 18W
    • Port: Dua Jenis-C (USB 3.2 Gen 1 di sisi panjang)
    • AI & produktiviti: Xiaomi HyperAI (AI Writing, AI Speech Recognition, AI Interpreter, AI Art, AI Calculator), Google Gemini, Circle to Search
    • Aksesori: Xiaomi Focus Pen (low latency, high sensitivity), Xiaomi Pad Mini Cover (percuma, bernilai RM299)
    • Harga: RM2,299 (12GB + 512GB, warna Gray)

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...