More

    Xiaomi patenkan teknologi pengecasan wayarles pantas untuk telefon lipat

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi pengecasan pantas di dalam telefon pintar dilihat sudah berkembang pada kadar yang mengagumkan. Namun, pengecasan pantas wayarles masih belum disokong oleh peranti lipat masa kini. Terbaru, Xiaomi dilihat sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan sebuah paten mengenai teknologi pengecasan pantas wayarles khas untuk telefon lipat.

    Melihat kepada paten tersebut, ia hadir dengan tajuk “Wireless Charging Method and Device, Folding Screen Electronic Equipment, Storage Media”. Paten ini dilihat telah menerima nombor penerbit dari China National Intellectual Property Administration (CNIPA).

    Berdasarkan informasi dari paten itu, peranti lipat bakal menyokong pengecasan pantas wayarles dari sebahagian dari panel belakangnya. Dalam kata yang lain, peranti lipat ini dapat dicaj secara wayarles walaupun ianya sedang dilipat ataupun sedang dalam posisi terbuka. Teknologi ini juga akan mengesan jenis pengecasan yang disokong oleh peranti lipat, seterusnya akan mengecas dengan lebih pantas dan cekap.

    Apa pun, ini hanyalah paten sahaja. Ia mungkin atau mungkin tidak akan dilancarkan pada masa hadapan. Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...