More

    Xiaomi perkenalkan ekosistem pintar “Human x Car x Home”, pamerkan SU7 di MWC 2024

    Semasa acara Mobile World Congresss (MWC) 2024 di Barcelona, Xiaomi memperkenalkan ekosistem pintar baharu “Human x Car x Home“, mengubah batasan integrasi teknologi. Xiaomi SU7 turut dipamerkan secara global yang merupakan kenderaan elektrik (EV) sedan pertama syarikat tersebut.

    Ekosistem pintar “Human x Car x Home” menggabungkan peranti peribadi, produk rumah pintar, dan kereta, membolehkan sambungan yang lancar dan kerjasama dengan rakan industri. Dibangunkan dengan visi untuk menyesuaikan diri dengan keperluan pengguna, ekosistem ini direka untuk beroperasi secara konsisten di seluruh platform Xiaomi.

    Menurut Xiaomi, SU7 juga sangat aerodinamik dengan pekali seret hanya 0.195 Cd yang paling rendah dalam kalangan pengeluar kenderaan. Kereta ini mempunyai ukuran panjang 4997mm, tinggi 1440mm dan lebar 1963mm. SU7 hadir dalam dua varian iaitu standard dan Max. Kereta ini boleh didapati dalam tiga warna iaitu Aqua Blue, Verdant Green dan Mineral Grey.

    Satu lagi ciri menarik adalah mod pandu sendiri kereta yang dipanggil Xiaomi Pilot yang dikuasakan oleh dua cip Nvidia Orin-X dengan kuasa pengkomputeran 508 TOP dan 1 lidar, 3 radar, 11 kamera HD serta 12 penderia ultrasonik. Pengecasan super pantas juga boleh digunakan dengan jarak 220km diperolehi hanya dalam 5 minit dan hadir bersama 25 pembesar suara yang disokong oleh Dolby Atmos. 

    Dalam pada itu, Xiaomi juga berusaha dalam bidang pengimbasan mudah alih melalui kerjasama strategik dengan Leica, yang membawa kepada pengembangan pengalaman fotografi mobile yang lebih baik dan lebih intuitif. Pengumuman kerjasama ini turut menandakan pembukaan Institut Optik Xiaomi-Leica, mendorong kemajuan yang ketara dalam teknologi imej dan menetapkan standard baru untuk pengalaman pengguna fotografi.

    Selain itu, Xiaomi juga memperkenalkan produk teknologi terkemuka seperti robot quadruped terbaru, CyberDog 2 dan Smart Factory Phase II di Distrik Changping, Beijing yang menegaskan komitmen Xiaomi dalam inovasi industri dan kualiti produk yang unggul.

    Ketahui lebih lanjut mengenai produk Xiaomi yang lain di MWC di halaman Facebook rasminya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...