More

    Xiaomi Pocophone F2 mungkin hadir pada tahun 2020

    Selain daripada peranti flagship, peranti mampu milik juga menjadi rebutan untuk orang ramai yang inginkan peranti dengan harga berpatutan. Selari dengan arus perkembangan teknologi yang semakin ke hadapan, pengguna turut menjangkakan peranti mampu milik dengan ciri spesifikasi yang berprestasi. Pocophone merupakan salah satu subjenama Xiaomi yang ingin mempelopori pasaran peranti mampu milik.

    Pocophone dengan debut pertamanya, Pocophone F1 telah memasuki pasaran Malaysia pada Ogos lalu. Memetik daripada gsmarena, Pocophone kini mungkin akan melancarkan peranti berciri flagship mampu milik, Pocophone F2 pada tahun hadapan.

    Hal ini terbukti apabila Ketua Pocophone Global, Alvin Tse telah memuat naik ciapan (tweet) berbaur khabar angin projek Pocophone baru pada laman sosial Twitternya.

    “You will hear more from POCO in 2020“, kata Alvin Tse menerusi ciapan twitternya. Alvin Tse bagaimanapun telah memadam ciapan tersebut tanpa sebab yang pasti. Mungkin kerana ciapannya telah menyebabkan khabar angin Pocophone 2 tersebar luas.

    Apapun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Namun, tiada padah di sini kerana Pocophone sememangnya dinantikan oleh orang ramai. Terdahulu, Pocophone F1 telah mendapat sambutan hangat oleh pengguna yang gemar akan peranti mampu milik.

    Adakah anda ada membaca atau mendengar khabar angin baru mengenai Pocophone F2? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita khabar angin peranti pintar seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    Sumber: gsmarena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured