More

    Xiaomi Redmi K50 Gaming dilancar: SD 8 Gen 1, AMOLED 6.67″ dan pengecasan 120W bermula ~RM2,180

    Xiaomi mengadakan acara pelancaran di China awal hari ini di mana ia mengumumkan Redmi K50 Gaming iaitu salah satu telefon dalam siri Redmi K50 yang merupakan pengganti kepada K40 Gaming. Telefon baharu ini menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 1 terbaharu Qualcomm dan membawakan pengecasan 120W.

    Ia juga merupakan telefon pertama kerjasama antara Xiaomi dan Mercedes AMG Petronas Formula One Team dengan edisi terhad khas telefon yang memaparkan lencana dan warna tema pasukan tersebut. Seperti K40 Gaming, terdapat sepasang pencetus (triggers) gaming fizikal di sebelah kanan.

    Ia juga dilengkapi dengan motor haptik paksi-x CyberEngine Xiaomi dan dwi-pembesar suara ditala oleh JBL. Xiaomi membangunkan sistem penyejukan ruang dwi-wap (VC) serba baharu untuk memastikan cipset Snapdragon 8 Gen 1 dan komponen dalamannya berada dalam kondisi optimum.

    Radiator tembaga diletakkan betul-betul di atas chipset dan Xiaomi juga menggunakan kepingan dwi-grafit, keluli tahan karat dan bahan mesh. Redmi K50 Gaming menampilkan paparan AMOLED 6.67 inci dengan resolusi FHD+, kadar penyegaran 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 480Hz.

    Panel paparannya menghasilkan warna 10bit dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus. Terdapat kamera swafoto 20MP yang menggunakan sensor Sony IMX 596 manakala bahagian belakang menempatkan kamera utama 64MP Sony IMX 686, ultra-lebar 8MP dan telemakro 2MP.

    Baterinya berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan 120W yang mampu mengecas sepenuhnya dalam masa 17 minit sahaja. Selain itu, ia hadir dengan MIUI 13 berdasarkan Android 12 serta sambungan WiFi 6E dan NFC. Xiaomi Redmi K50 Gaming hadir dalam warna Dream Blue, perak dan hitam serta edisi Mercedes AMG F1.

    K50 Gaming dengan RAM LPDDR5 8GB dan storan 128GB UFS 3.1 berharga CNY 3,299 (~RM2,180). Terdapat versi 12/128GB berharga CNY 3,599(~RM2,380) dan 12/256GB berharga CNY 3,899 (~RM2,600). Model Mercedes AMG F1 edisi terhad dengan RAM 12GB dan storan 256GB akan dijual pada harga CNY 4,199(~RM2,780).

    Harga dan ketersediaannya untuk pasaran global masih belum didedahkan lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured