More

    Xiaomi Redmi Note 13R Pro rasmi dengan Dimensity 6080 dan kamera 108MP berharga ~RM1,299

    Xiaomi telah melancarkan siri Redmi Note 13 dua bulan lalu dan model standard Note 13 hadir dengan cipset Dimensity 6080, bateri 5,000 mAh dan kamera utama 108 MP. Kini, Xiaomi memperkenalkan Redmi Note 13R Pro yang serupa dengan Redmi Note 13 selain daripada pulau kamera dan pilihan warna baharu.

    Redmi Note 13R mempunyai skrin OLED 6.67 inci dengan lubang tebuk tengah untuk kamera swafoto 16MP. Bahagian belakang telefon ini mempunyai pulau kamera segi empat tepat yang menempatkan dua kemra dengan kamera utama menggunakan 108 MP manakala kamera kedua ialah 2 MP. Malangnya tiada sensor ultralebar.

    Redmi Note 13R dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 6080 dengan proses 6nm. Ia mempunyai 2 x teras ARM Cortex-A76 dengan kadar proses sehingga 2.4 GHz ditambah 6 x teras ARM Cortex-A55 yang mencatatkan masa sehingga 2.0 GHz bersama GPU Mali-G57 MC2. Secara keseluruhannya, Redmi Note 13R Pro bertujuan untuk menjadi telefon pintar asas untuk kegunaan semua orang.

    Redmi Note 13R Pro menampilkan bateri berkapasiti 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan 33W. Peranti ini mempunyai berat 175 gram dan mempunyai ketebalan 7.7mm. Redmi Note 13R Pro dijual pada harga kira-kira CNY 1,999 (~RM1,299).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Redmi Note 13R Pro ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured