More

    Xiaomi sah tamatkan sokongan Android 16 untuk 31 model popular ini

    Xiaomi telah mengesahkan bahawa sebanyak 31 model telefon pintar daripada jenama Xiaomi, Redmi dan POCO hanya akan menerima kemas kini utama terakhir melalui HyperOS 3 berasaskan Android 15. Selepas itu, peranti ini tidak lagi akan mendapat kemas kini Android 16.

    Menurut laporan, HyperOS 3 dijangka mula dilancarkan secara berperingkat bermula September 2025 yang menawarkan antaramuka baharu, ciri visual yang lebih moden serta fungsi pintar yang dipertingkatkan. Namun bagi 31 peranti tersenarai, kemas kini tersebut menandakan titik akhir sokongan sistem operasi daripada Xiaomi.

    Senarai penuh peranti yang tamat di Android 15 / HyperOS 3:

    JenamaModel
    POCOC65, F5 5G, F5 Pro, M6 Pro, X6 Neo
    Redmi12, 12 5G, 13C, 13C 5G, 13R
    Redmi (K Series)K50 Ultra, K60
    Redmi (Note 12 Series)Note 12 4G, Note 12 NFC 4G, Note 12R, Note 12S, Note 12T Pro, Note 12 Turbo
    Redmi (Note 13 Series)Note 13 4G, Note 13 4G NFC, Note 13 5G, Note 13R Pro
    Xiaomi (12 Series)12, 12 Pro, 12S, 12S Pro, 12S Ultra
    Xiaomi (12T Series)12T, 12T Pro
    Xiaomi (Lain-lain)Civi 3, MIX Fold 2

    Langkah ini sejajar dengan polisi industri Android yang lazimnya memberikan sokongan 2–3 tahun untuk sistem operasi utama, sebelum menumpukan kepada model baharu dengan spesifikasi lebih canggih. Walaupun tidak akan menerima Android 16, Xiaomi dijangka masih menyediakan kemas kini keselamatan untuk tempoh tertentu bagi memastikan peranti kekal selamat digunakan.

    Ini merupakan strategi Xiaomi untuk memberi tumpuan pada peranti generasi seterusnya, sambil memastikan pengalaman HyperOS 3 tetap sampai kepada pengguna model lebih lama sebagai kemas kini terakhir. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: XiaomiTime

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured