More

    Xiaomi sahkan Mix Fold 3 tidak tersedia untuk pasaran global

    Xiaomi Mix Fold 3 yang dilancarkan baru-baru ini mendapat banyak perhatian memandangkan ciri mengagumkan yang teradapat pada telefon pintar boleh lipat ini dan ramai yang menjangkakan keluaran global.

    Kini, Xiaomi telah tampil dan menamatkan semua perbincangan mengenai ketersediaan global Xiaomi Mix Fold 3. Malangnya, peranti boleh lipat itu akan mengikut jejak peranti Mix yang lain. Dengan kata lain, ia akan kekal sebagai peranti eksklusif di China.

    Sejak pengumuman rasmi Mix Fold 3, jenama itu tidak benar-benar mengatakan apa-apa tentang ketersediaan global. Jika dilihat daripada fakta, Mix Fold 2 dan Mix Fold juga adalah peranti eksklusif di China.

    Jadi, hal ini dapat dijangkakan bahawa Mix Fold 3 tidak dikeluarkan untuk pasaran global. Xiaomi kini telah mengesahkan bahawa mereka tidak bercadang untuk melancarkan Mix Fold 3 ke pasaran global. Menurut Pengarah Komunikasi Xiaomi, peranti itu akan tersedia secara eksklusif di China. 

    Ini bermakna Mix Fold 3 tidak akan mencabar Pixel Fold dan Galaxy Z Fold 5 di pasaran global. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita.

    Sumber: Notebookcheck

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...