More

    Xiaomi sedang menghasilkan ciri RAM tambahan secara maya!

    Pengguna telefon pintar Xiaomi dilihat kurang berpuas hati akan antara muka MIUI yang menggunakan sebahagian besar RAM perantinya. Disebabkan itu, Xiaomi mungkin akan menyelesaikan masalah tersebut dengan memperkenalkan RAM tambahan secara maya. Ini bermakna RAM peranti Xiaomi boleh dibesarkan menggunakan storan dalaman apabila ia telah mencapai tahap penggunaan yang penuh.

    Sumber dalam talian telah mengesan fungsi memori tambahan ini di kod perisian MIUI 12.5. Ciri ini dikatakan membolehkan telefon pintar ‘bernafas’ dengan lebih mudah apabila membuka aplikasi yang berat dengan menukarkan sebahagian dari storannya menjadi RAM. Ini bermaksud RAM dan ROM (storan) peranti Xiaomi akan bekerjasama untuk menambahbaik pengalaman pengguna. Namun, ciri RAM tambahan ini hanya berfungsi apabila pengguna telah menggunakan kesemua RAM peranti ini.

    Teknologi ini bukanlah yang pertama di dunia kerana sebelum ini, vivo X60 dan vivo V21 telah hadir dengan teknologi yang diberi nama “Enhanced memory management technology 1.0”. Teknologi dari vivo ini membolehkan perantinya membesarkan RAM dari 8GB menjadi 11GB, dan 12GB menjadi 15GB. Ia menambahkan RAM sebanyak 3GB dan membenarkan sistemnya untuk membuka 20 aplikasi pada masa yang sama.

    Adakah anda kagum dengan teknologi baru telefon pintar ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured