More

    Xiaomi Smart Band 10 dilancar di Malaysia: AMOLED 1.72″, 150 mod sukan bermula RM219

    Xiaomi Malaysia hari ini memperkenalkan gelang tangan pintar baharu iaitu Xiaomi Smart Band 10. Peranti boleh pakai ini mempunyai skrin AMOLED berukuran 1.72 inci dengan kadar segar semula 60Hz, nisbah skrin-ke-badan 73%, kecerahan puncak 1,500 nits dan ketumpatan piksel 326 ppi bagi menghasilkan visual yang jelas dan terang.

    Skrin ini boleh diguna walaupun dengan jari yang basah. Rekaan luarannya ditawarkan dalam pilihan warna hitam Midnight Black, perak Glacier Silver dan merah Mystic Rose, manakala muka jamnya pula boleh dipilih antara 200 jenis. Ia juga ditawarkan dalam edisi seramik Pearl White dan 10 aksesori tambahan, termasuklah rantai untuk pergelangan tangan.

    Ia menawarkan penjejakan untuk 150 mod senaman, termasuklah enam aktiviti yang boleh dikesan secara automatik dan akan mengukur metrik seperti VOâ‚‚ max, kadar degupan jantung, beban latihan (training load) dan tempoh pemulihan. Untuk sukan renang, ia mempunyai rating kalis air 5ATM dan sensor gerakan 9-paksi yang boleh menjejak kiraan pusingan (lap count) yang tepat sehingga 96%.

    Anda boleh jejak kadar degupan jantung dalam masa nyata (real-time) dengan pautan melalui Bluetooth (broadcast via Bluetooth) kepada peranti-peranti yang layak. Ia juga menyediakan pengurusan tidur profesional, dengan mengukur kecekapan tidur (sleep efficiency) dan edaran tidur (sleep distribution).

    Dengan menganalisa data yang diukur, Smart Band 10 akan sediakan panduan untuk menambah baik kualiti tidur. Dengan kerjasama pelbagai agensi kesihatan antarabangsa, Xiaomi menyediakan program penambahbaikan tidur selama 21 hari bagi bantu anda dapatkan tidur yang lebih lena.

    Ia mempunyai bateri 233mAh yang boleh menyediakan penggunaan selama 21 hari, atau sembilan hari jika Always-On Display dihidupkan. Pengecasan penuh pula mengambil masa sekitar satu jam.

    Berikut adalah harga Xiaomi Smart Band 10 untuk pasaran Malaysia:

    • Xiaomi Smart Band 10: RM219 (sebelum 31 Julai 2025: RM179)
    • Xiaomi Smart Band 10 (Ceramic Edition): RM299 (sebelum 31 Julai 2025: RM249)

    Gelang tangan pintar ini boleh dibeli dari kedai-kedai Xiaomi, laman web Xiaomi, Shopee dan Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured