More

    Xiaomi Smart Band 8 Pro, Watch S3 dan Watch 2 dilancar, bermula ~RM360

    Selain melancarkan siri telefon pintar Xiaomi 14 Series dalam acara Mobile World Congress (MWC) 2024 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol sekarang, Xiaomi turut melancarkan beberapa peranti boleh pakai baharu untuk pasaran antarabangsa iaitu Xiaomi Smart Band 8 Pro, Xiaomi Watch S3 dan Xiaomi Watch 2.

    Xiaomi Smart Band 8 Pro

    Gelang tangan pintar ini dilengkapi skrin AMOLED berukuran 1.74 inci dengan kadar segar semula 60Hz dan resolusi 336×480, serta kaca yang dibina dengan perlindungan Corning Gorilla Glass Victus. Rekaan keseluruhannya mempunyai berat 22.5 gram sahaja, ketebalan 9.99mm serta rating ketahanan 5ATM.

    Skrin ini turut mempunyai sensor cahaya yang boleh melaraskan kecerahan skrin mengikut tahap pencahayaan persekitaran, supaya ia boleh dilihat dengan jelas dan selesa oleh pengguna. Ia boleh memparkan lebih 200 jenis muka jam untuk gaya yang lebih peribadi.

    Tali peranti ini boleh dicabut dengan mudah dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam atau perak. Pengguna juga boleh membeli tali jam asing yang ditawarkan dalam pelbagai warna dan material.

    Daripada segi kesihatan, Smart 8 Band Pro menawarkan lebih 150 mod sukan untuk menjejak kemajuan pengguna. Skrinnya boleh memaparkan animasi 3D untuk mengajar pengguna tentang cara bersenam yang betul. Untuk mereka yang gemar berlari, peranti ini menyediakan 10 kursus larian yang mempunyai penjejakan saintifik dan panduan larian yang jelas.

    Ia turut dilengkapi fungsi penjejakan kesihatan seperti modul penjejakan degupan jantung 4-saluran untuk menjejak kadar degupan jantung dengan tepat pada setiap masa.

    Baterinya yang berkapasiti 289mAh boleh bertahan selama 14 hari. Ia turut mempunyai pengemudian GNSS untuk menjejak lokasi pengguna dengan tepat.

    Xiaomi Smart Band 8 Pro akan dijual pada harga bermula EUR99 (~RM360).

    "
    "

    Xiaomi Watch S3

    Jam tangan ini pula menampilkan rekaan bulat dengan skrin AMOLED berukuran 1.43 inci dan rangka yang dibuat daripada aloi aluminium. Pengguna boleh memutarkan bezel pada skrin untuk mengawal jam ini, kemudian muka jamnya boleh memaparkan lebih 180 jenis muka jam, serta boleh memaparkan gambar potret pengguna.

    Jam tangan ini datang dengan sistem operasi Xiaomi HyperOS yang menawarkan hubungan lancar dengan peranti-peranti Xiaomi lain. Baterinya pula boleh bertahan selama 15 hari, manakala pengecasan selama lima minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama dua hari.

    Pengguna juga boleh menggerakkan tangan untuk beberapa fungsi, seperti menolak panggilan telefon, semak cuaca dan ambil gambar.

    Watch S3 menawarkan lebih 150 mod sukan, dan ini adalah jam Xiaomi pertama yang menawarkan sukan musim sejuk. Dengan sistem pengemudian GNSS L1+L5 dual-band, pengguna boleh menjejak lokasi mereka sewaktu bersukan dengan tepat.

    Ia turut menawarkan 10 kursus larian untuk bantu pengguna capai objektif kesihatan mereka, sama ada untuk meningkatkan ketahanan badan atau membakar lemak.

    Selain itu, ia dilengkapi penjejak degupan jantung 12-saluran untuk menjejak degupan jantung dengan tepat, serta sistem penjejakan tidur yang akan menjana maskot Sleep Animal dan menunjukkan kualiti tidur selepas tujuh hari.

    Xiaomi Watch S23 akan dijual pada harga EUR149 (~RM770).

    Xiaomi Watch 2

    Xiaomi Watch 2 pula adalah jam tangan premium yang menyokong lebih 200 aplikasi pihak ketiga supaya anda boleh manfaatkan aplikasi jam tangan kegemaran anda. Ia dilengkapi cipset Snapdragon W5+Gen 1 untuk prestasi yang lebih pantas sambil mengurangkan penggunaan tenaga.

    Ia mempunyai skrin AMOLED berukuran 1.43 inci dan rangka yang dibuat daripada aloi aluminium. Tali jamnya ditawarkan dalam pilihan warna hitam atau perak dan berat keseluruhannya adalah 37 gram sahaja.

    Apabila dipautkan dengan telefon pintar, jam tangan ini boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh untuk kameranya dan melihat pra-tonton gambar atau video.

    Untuk fungsi kesihatan, ia menawarkan lebih 160 mod sukan termasuklah sukan musim sejuk. Ia menjejak kedudukan pengguna dengan dual-band L1+L5 GNSS, dan boleh merekod penjejakan sukan melalui aplikasi Strava, Suunto dan Mi Fitness.

    Ia juga dilengkapi modul pengukur degupan jantung 12-saluran untuk mengukur degupan jantung dengan tepat, serta penjejakan tidur yang menyepadukan data oksigen darah dan kadar pernafasan untuk analisa tidur yang lebih tepat. Ia akan menghasilkan maskot “Sleep Animal” untuk mengilustrasikan kualiti tidur supaya ia mudah difaham oleh pengguna selepas merekod corak tidur selama tujuh hari.

    Xiaomi Watch 2 akan dijual pada harga EUR199 (~RM1,030).

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan ketiga-tiga produk ini untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...