More

    Xiaomi tidak lagi berada dalam senarai hitam AS

    Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan Xiaomi daripada senarai hitam oleh jabatan tersebut, membuatkan syarikat China itu bebas untuk berurus niaga dengan sebarang syarikat AS. Tindakan ini telah menamatkan konflik di antara Xiaomi dan kerajaan AS yang sebelum ini dilihat bakal menjejaskan jualan Xiaomi, seperti yang berlaku terhadap HUAWEI.

    Sebelum ini, Jabatan Pertahanan AS mengatakan Xiaomi mempunyai pertalian dengan tentera China dan meletakkan syarikat itu dalam senarai hitam kerana ancaman keselamatan yang boleh dihasilkan oleh Xiaomi. Selain Xiaomi, tujuh lagi syarikat China telah diletakkan dalam senarai tersebut.

    Xiaomi kemudian membidas tindakan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak sah di sisi undang-undang dan melanggari perlembagaan AS. Selepas tampuk pemerintahan AS bertukar tangan daripada Donald Trump kepada Joe Biden, kerajaan AS dilihat lebih mudah berkompromi dan menilai semula status Xiaomi dalam senarai hitam Jabatan Pertahanan AS.

    Ini mungkin akan menamatkan kerisauan beberapa pihak yang bimbang jika Xiaomi akan mengalami nasib yang sama dengan HUAWEI, di mana mereka tidak lagi dibenarkan untuk berurusan dengan syarikat AS seperti Google, lantas menjejaskan jualan telefon pintar mereka di seluruh dunia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured