More

    Xiaomi tidak lagi gunakan penjenamaan “Mi”, akan digantikan dengan “Xiaomi”

    Telefon pintar Xiaomi biasanya dinamakan dengan jenama “Mi” seperti Mi 11 dan Mi 10, namun jenama tersebut mungkin akan dihentikan selepas ini. Menurut sumber, Xiaomi memutuskan untuk tidak lagi menggunakan jenama “Mi” dan akan menggantikannya dengan “Xiaomi”.

    Perkara ini ditunjukkan dalam telefon Xiaomi terbaru iaitu “Xiaomi Mix 4”. Ini adalah telefon pertama yang mengabaikan jenama “Mi” sejak telefon pintar pertama oleh syarikat itu, Mi 1, yang dilancar pada sepuluh tahun lalu.

    Sungguh pun begitu, nama produk yang telah dilancar dengan jenama “Mi” akan dikekalkan namanya, seperti Mi 11. Pengasas Xiaomi, Lei Jun, sebelum ini pernah mengatakan bahawa “Mi” adalah kata singkatan untuk “Mobile Internet” atau “Mission Impossible” bagi mencapai cita-cita yang tinggi.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: XDA Developers

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured