More

    Xiaomi True Wireless Noise Cancelling Headphones 3 Pro dilancar: Miliki audio 360° spatial berharga ~RM451

    Xiaomi True Wireless Noise Cancelling Headphones 3 Pro telah dilancarkan dengan harga $108 (~RM451). Bentuknya nampak lebih kemas dan hadir dalam tiga warna iaitu obsidian black, streamer white dan aurora green.

    Untuk keselesaan pengguna,  beratnya telah dikurangkan sebanyak 17% dan saiznya pula dikurangkan sebanyak 11%. Di bahagian depan headset direka untuk menghubungkan tekanan udara di dalam dan luar telinga agar ia sama di kedua-dua belah. Headset ini juga merupakan alat pendengar pengurangan bunyi adaptif pertama Xiaomi. Ia dapat menyesuaikan kepada mod lebih baik secara automatik, menyokong pengurangan kebisingan sebanyak 40dB dan mendapat pengiktirafan dari China Metrology Institute.

    Ia hadir dengan tiga tahap pengurangan bunyi bising iaitu tinggi, seimbang dan ringan. Headset boleh ditukar ke mod dwi-lutsinar, untuk mengutamakan bunyi persekitaran atau suara daripada pemakai. Ia hadir dengan transmisi audio LHDC 4.0 pertama di dunia serta menyokong audio 360° spatial memberikan anda pengalaman seolah-olah berada di dalam panggung wayang. Giroskop enam-paksi dan pemecut yang terdapat di dalam alat pendengar dapat mengesan segala pergerakan headset.

    Baterinya  dapat bertahan sehingga 6 jam tanpa mengaktifkan pengurangan bunyi bising. Ia menyokong pengecasan wayarles dan boleh digunakan sehingga 27 jam dengan kotak pengecas. Sekiranya anda meletakkan headset ke dalam kotak pengecas, bateri boleh mencapai ke 100% dalam masa 40 minit.

    Ia dilengkapi dengan IP55 kalis air dan tahan peluh. Namun, masih tiada maklumat yang mengatakan produk akan tiba ke Malaysia dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...