More

    Xiaomi turut lancarkan Pad 7 Ultra dengan cip XRING O1 dan skrin OLED 14″, harga bermula ~RM3,360

    Bersama pelancaran telefon pintar Xiaomi 15S Pro, Xiaomi turut memperkenalkan Pad 7 Ultra, tablet paling besar dan mahal dalam sejarah syarikat itu. Ia menggunakan cip flagship XRING O1 yang sama seperti pada Xiaomi 15S Pro dan hadir dengan bateri berkapasiti besar 12,000mAh. Pad 7 Ultra dilengkapi paparan OLED 14 inci beresolusi 3.2K dengan nisbah 3:2.

    Ia menyokong kadar segar semula 120Hz, kecerahan biasa 900 nits dan maksimum sehingga 1600 nits. Xiaomi turut menyertakan lapisan skrin khas Nano Soft Light Screen yang mampu mengurangkan gangguan cahaya ambien sehingga 99%. Cip XRING O1 yang digunakan dibina dengan proses 3nm N3E oleh TSMC dan menggunakan seni bina 10-teras.

    Prestasi dipertingkatkan dengan RAM LPDDR5T dan storan pantas UFS 4.1. Pengecasan pula disokong melalui port USB-C 3.2 Gen 2 dengan kuasa 120W. Reka bentuk tablet ini minimalis dengan ketebalan hanya 5.1mm dan berat 609 gram. Bezel sekeliling skrin juga nipis sekitar 3.95mm.

    Kamera hadapan 32MP menyokong penjejakan wajah manakala kamera utama belakang menggunakan sensor 50MP. Sistem audio terdiri daripada 8 pembesar suara dengan 4 amplifier dan 4 mikrofon diintegrasikan dalam ruang bunyi bersaiz 16.5cc. Ciri sambungan termasuk Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, NFC, dan pemancar inframerah (IR blaster).

    Pad 7 Ultra turut menyokong papan kekunci padanan warna dengan kekunci 1.3mm. Untuk harga, varian 12/256GB dijual pada harga 5,699 yuan (~RM3,360), varian 12/512GB berharga 5,999 yuan (~RM3,540),manakala versi dengan skrin khas Nano Soft Light Screen dan storan yang sama dijual pada harga 6,599 yuan (~RM3,893).

    Untuk pilihan lebih tinggi, varian 16/1TB ditawarkan pada harga 6,799 yuan (~RM4,010) dan versi tertinggi dengan skrin Nano Soft Light serta storan 1TB dijual pada harga 7,399 yuan (~RM4,365). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     
    10 top hit harian

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...