More

    Xiaomi TV Master baharu dilengkapi paparan 86 inci dengan resolusi 4K QLED, 144 Hz dan 2,000 nit

    Xiaomi telah memperkenalkan Xiaomi TV Master 86 inci iaitu model baharu dalam siri TV Master. Dikeluarkan bersama-sama Xiaomi 13 Ultra dan Band 8, Master TV 86 inci dilengkapi panel QLED yang beroperasi pada resolusi 4K.

    Seperti yang ditunjukkan oleh imej pengacah di bawah, TV Master 86 inci menampilkan 1,080 zon lampu latar LED Mini yang membantunya mencapai kecerahan puncak 2,000 nits apabila memaparkan kandungan HDR. TV ini hampir boleh meniru warna hitam sempurna panel AMOLED dan OLED dengan kecerahan minimum 0.0001 nits.

    Selain itu, panel QLED mempunyai kadar penyegaran 144Hz dan menyokong AMD FreeSync Premium Pro. Tambahan, Xiaomi telah menyertakan port HDMI 2.1 untuk menyediakan keserasian dengan konsol game moden manakala sistem pembesar suara saluran 3.1 menyampaikan output sehingga 70W.

    Xiaomi TV Master 86 inci dijual pada harga CNY 14,999 (~RM9,640) di China. Namun, butiran tentang pelancarannya ke pasaran antarabangsa tidak diketahui buat ini. Kongsi pendapat anda tentang khabar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured