More

    Xiaomi TV Max 100 2025 rasmi di Malaysia: Skrin QLED 4K 100″ dan 2 pembesar suara pada RM12,999

    Kali ini, Xiaomi TV Max 100 2025 menetapkan standard baharu dalam hiburan rumah dengan skrin gergasi QLED 4K 100 inci yang menawarkan resolusi 3840 × 2160. Ia membawa teknologi Quantum Do yang memberikan lebih 1 bilion warna dan liputan 94% DCI-P3 sambil menghasilkan visual yang tajam dan warna yang hidup seperti di pawagam.

    Untuk pengalaman tontonan yang lebih lancar, TV ini dilengkapi kadar segar semula 144Hz serta teknologi 4K 120Hz MEMC, menjadikannya pilihan ideal untuk kandungan berkelajuan tinggi seperti sukan, filem aksi dan permainan video. Sambungan HDMI 2.1, VRR dan ALLM memastikan pengalaman gaming yang responsif dan bebas lag, sesuai untuk peminat eSports.

    Bukan sahaja visual, sistem audio Xiaomi TV Max 100 2025 juga mengagumkan dengan dua pembesar suara 15W yang menyokong Dolby Atmos dan DTS:X untuk bunyi yang mendalam dan mengasyikkan. Reka bentuk bezel-less yang elegan menambah sentuhan mewah kepada ruang tamu manakala sistem operasi Google TV 11 memberikan akses kepada pelbagai aplikasi serta integrasi pintar dengan peranti rumah.

    Xiaomi TV Max 100 2025 dijual pada harga RM16,999, dengan harga promosi untuk pembeli terawal hanya RM12,999. Setiap pembelian turut disertakan dengan penghantaran percuma dan pemasangan pendiri secara percuma, menjadikannya pilihan terbaik untuk pengalaman hiburan rumah yang luar biasa.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...