More

    Xiaomi Watch Color 2 dilancar: Miliki AMOLED 1.43” dengan 117 mod sukan berharga ~RM650

    Dalam pelancarannya baru-baru ini, Xiaomi telah memperkenalkan beberapa peranti seperti Xiaomi Civi, fon telinga wayarles TWS dengan ciri pembatalan hingar aktif dan jam tangan pintar Watch Color 2.

    Xiaomi Watch Color 2 memiliki paparan skrin AMOLED 1.43 inci dengan ketumpatan piksel 326 dan tersedia dalam tiga warna untuk dipadankan bersama lebih 200 paparan muka. Ia juga mempunyai enam pilihan tali iaitu hitam, biru, putih, hijau, kuning dan jingga.

    Walau bagaimanapun, jam tangan pintar ini tidak menggunakan sistem operasi Wear OS. Namun begitu, ia masih mampu melakukan tugas dengan baik seperti jam tangan pintar yang lain. Watch Color 2 menyokong sambungan Bluetooth dan aplikasi pihak ketiga.

    Jam ini mempunyai ciri kalis air sehingga kedalaman 5 ATM, dwi-band GPS dan menyokong 117 mod sukan yang mana 19 sukan daripada jumlah tersebut dilabelkan sebagai ‘profesional’. Dengan ciri-ciri tersebut, Xiaomi mengesahkan bahawa ianya selamat untuk dipakai ketika aktiviti berenang.

    Baterinya mempunyai kapasiti 470mAh yang menyokong penggunaan sehingga 30 jam ketika pengesan GPS diaktifkan, 12 hari penggunaan untuk kegunaan harian dan 24 hari jika mod pengembangan (extended mode) diaktifkan. Jangka hayat bateri tersebut termasuk 24 jam pengesan nadi jantung, oksigen dalam darah (SpO2) dan penjejak tidur.

    Selain itu, ia mempunyai ciri kesihatan khusus untuk perempuan. Xiaomi Watch Color 2 tersedia untuk pra-tempahan di pasaran China dengan harga CNY 900 (~RM 580) bagi pembeli terawal. Ia akan mula dijual pada 30 September dengan harga runcit CNY 1,000 (~RM650).

    Kami masih menunggu maklumat rasmi tentang keberadaannya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...