More

    Xiaomi Watch S21 Active akan dilancar bersama Xiaomi 12 pada 15 Mac 2022

    Xiaomi bakal melancarkan telefon pintar andalan terbaru, Xiaomi 12, pada hari esok (15 Mac 2022) untuk pasaran antarabangsa. Walau bagaimanapun, Xiaomi tidak akan mengehadkan acara pelancaran itu untuk telefon pintar sahaja kerana mereka akan turut melancarkan jam tangan pintar Xiaomi Watch S1 Active.

    Xiaomi masih belum berkongsi sebarang maklumat tentang peranti boleh pakai itu. Sungguh pun begitu, sebelum ini terdapat beberapa gambar jam itu yang telah tertiris di mana ia mempunyai muka jam berbentuk bulat dan tali jam dalam tiga warna iaitu putih, biru gelap dan hitam.

    Jam itu juga mungkin akan mempunyai empat butang di sekelilinya, iaitu untuk fungsi “Home”, “Sport”, “Active” dan “Outdoors”. Selain itu, ia bakal dilengkapi rangka besi tahan karat dan rating kalis air 5 ATM.

    Anda boleh tonton pelancarannya esok pada pukul 8:00 malam waktu Malaysia di laman Facebook Xiaomi Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    CelcomDigi kemas kini pas perayauan, harga bermula RM10 dan panggilan percuma

    CelcomDigi mengumumkan pengenalan pas perayauan (roaming) antarabangsa baharu yang ditawarkan pada harga bermula RM10 untuk pelanggan prabayar dan RM30 untuk pelanggan pascabayar....

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured